KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

HASIL PEMANTAUAN BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Pada 11 Ogos 2010, jam 9.00 pagi. Lawatan pegawai Unit Bimbingan dan Kaunseling daripada Jabatan Pelajaran Sabah dan rombongan telah mengesahkan SK Lok Yuk Telipok sebagai bilik Bimbingan dan Kaunseling mendapat tempat pertama di negeri Sabah kategori sekolah luar bandar peringkat negeri sabah. Pihak sekolah amat berbangga diatas kejayaan ini. Hasil usaha yang telah dilakukan oleh guru kaunseling dan juga bantuan guru-guru yang lain akhirnya mendapat hasil yang setimpal apabila anugerah ini dinobatkan. Kejayaan ini adalah kejayaan bersama warga SK Lok Yuk Telipok. Pihak sekolah mengucpkan tahniah dan terima kasih atas sokongan semua warga SK Lok Yuk Telipok.

Dari kiri En. Nawawi Edris (Penyelia Kanan Unit Bimbingan & Kaunseling), En. Awang Mat Said (Penolong Pengarah Unit Bimbingan & Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan En. Judin Bin Diana (Guru Besar Cemerlang SK Lok Yuk Telipok)

baca selanjutnya......

Read more...

ANUGERAH BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING TERBAIK TOP 5 DI NEGERI SABAH KATEGORI LUAR BANDAR

PENERIMAAN ANUGERAH BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING
TERBAIK TOP 5 DI NEGERI SABAH SEMPERNA SAMBUTAN HARI GURU 2010
PERINGKAT DAERAH TUARAN DISAMPAIKAN OLEH
YB.DATUK HAJI HAJIJI BIN HAJI NOOR
MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH
26 JULAI 2010
SHANGRILA’S RASARIA HOTEL, TUARAN
baca selanjutnya......

Read more...

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2009

Tahniah kepada Pn. Catherina Yasin, Pn. Catherine Stephen dan En. Saidon Jinsit yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 yang disampaikan oleh
YB Datuk Haji Jajiji Bin Haji Noor
Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah
26 Julai 2010
SHANGRILA’S RASARIA HOTEL, TUARAN
baca selanjutnya......

Read more...

PELANCARAN VISI DAN MISI 2010-2016 SK LOK YUK TELIPOK


Hari ini dalam sejarah....pada 12 Julai 2010. SK Lok Yuk Telipok telah melancarkan Visi dan Misi 2010-2016 serta Plan Tindakan Strategik sekolah. Pelancaran ini dirasmikan oleh Pn. Tah Nia Hj. Jaman (Pegawai Pelajaran Daerah Tuaran). Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada PIBG SK Lok Yuk Telipok, Guru-guru Besar Daerah Tuaran, Pegawai dari PKG serta Ibubapa yang turut hadir bagi menyerikan lagi majlis ini. Untuk mendapatkan koleksi majlis sila klik disini http://www.facebook.com/album.php?aid=20669&id=100000590643845&l=2e2440ac4d
baca selanjutnya......

Read more...

KEM MOTIVASI UPSR 2010


Pada 6-7 Julai 2010. Kem motivasi UPSR adalah salah satu program yang dirangka di bawah program Gemilang UPSR 2010 anjuran unit Kurikulum sekolah dengan bantuan semua Panitia mata pelajaran Teras Sk.Lok Yuk Telipok , Tuaran. Program ini dijalankan untuk memastilkan motivasi murid untuk menghadapi UPSR lebih positif. Terdapat lima slot yang dikhususkan mengikut mata pelajaran. Guru-guru pakar dan juga pemeriksa-pemeriksa kertas soalan UPSR adalah antara penceramah yang dijemput khas bagi memastikan murid-murid mendapat pendedahan terus daripada mereka. Program ini dijalankan di Dewan BCCM SK.Lok Yuk Telipok. Untuk koleksi Kem Motivasi ini sila klik di sini http://www.facebook.com/album.php?aid=20512&id=100000590643845&l=d1bb9dfa66
baca selanjutnya......

Read more...

JASAMU TETAP DIKENANG



Kenangan bersama dengan penyelia petang Pn.Chung Siew Lan dipekarangan dihadapan bangunan sekolah. Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas ke tempat baru di Semenanjung kepada Pn. Adijah Mat Nawi selaku Ustazah J-QAF disekolah ini. Segala sumbangan beliau amat dihargai. Jika ada sumur di ladang, boleh kita menummpang mandi, Jika ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi....

baca selanjutnya......

Read more...

MAJLIS MENANDATANGAN BUKU REKOD PELAJAR SEM 1


Pada 26/6/2010. Majlis menandatangani buku rekod pelajar telah diadakan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang hadir menandatangan buku anak2. Semoga dengan kehadiran ibubapa dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak2. Bersama-sama guru2 dan ibubapa membantu murid2 untuk mencapai kejayaan. Kepada murid yang cemerlang pihak sekolah mengucapkan tahniah, kepada pelajar yang lemah jgn putus asa, tingkatkan usaha anda .. untuk mendapatkan koleksi gambar yang menarik sila lawati facebook sekolah di http://www.facebook.com/album.php?aid=19344&id=100000590643845&l=794b3e597e
baca selanjutnya......

Read more...

GOTONG ROYONG PERDANA ANJURAN PIBG

Pada hari Ahad, 23/5/2010, PIBG Sk Lok Yuk Telipok telah menganjurkan gotong royong untuk mencantikan kawasan sekolah dan juga menambah baikkan infranstruktur frasarana yang terdapat di sekolah ini. Antara frasarana yang telah dibina ialah tempat berehat murid-murid ketika waktu rehat, greenhouse bunga orkid, memperbesarkan dan menyimen lantai pondok menunggu bas dan lain-lain lagi. Pihak sekolah berasa bangga dengan kerjasama yang diberikan oleh ibubapa sekolah ini bak kata pepatah melayu mengatakan ‘BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT’pihak sekolah berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan bukan sahaja pada gotong royong malah program-program lain yang dianjurkan sekolah yang melibatkan ibubapa mendapat sambutan dan sokongan daripada ibubapa. Pihak sekolah dan juga PIBG merakamkan jutaan terima kasih kepada ibubapa yang selalu memberi sokongan. Semoga dengan sokongan ini sekolah akan terus maju dan akan mencapai kecemerlangan.
baca selanjutnya......

Read more...

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Pada Sabtu,15 Mei 2010, Semua guru dan murid SK Lok Yuk Telipok, telah menyambut Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan semperna sambutan Hari Guru ialah sukaneka, perlawanan bola jaring antara murid dan guru, nyanyian lagu Guru Malaysia, Ikrar Guru dan nyayian karaoke daripada guru-guru. Pihak sekolah juga amat berbesar hati kerana Pengerusi dan Tim.Pengerusi PIBG turut serta dalam majlis sambutan Hari Guru. Antara objektif sambutan Hari Guru ini ialah :-
1) Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk
perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada
masyarakat.

2)Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting
kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3)Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
4)Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5)Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.6)Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Selamat hari Guru." GURU PEMBINAN NEGARA BANGSA"

Ucapan daripada Tim.Pengerusi PIBG.
Pn. Nelawati Ngadul

Ucapan En. Judin Bin Diana
Guru Besar Cemerlang


Ucapan Selamat Hari Guru daripada wakil murid iaitu Adik Fatin


Antara Permainan Sukaneka yang dijalankan "permainan boling buah kelapa"


Penyampian hadiah daripada Pengerusi PIBG
En. Santain Manurun

baca selanjutnya......

Read more...

PROGRAM ’ PENDIDIKAN LALULINTAS SHELL PERINGKAT GABUNGAN KOTA KINABALU 2010

PROGRAM ’ PENDIDIKAN LALULINTAS SHELL PERINGKAT GABUNGAN KOTA KINABALU 2010

TARIKH :
17 & 24 APRIL 2010

TEMPAT :
SK. ST. FRANCIS (M) CONVENT, BUKIT PADANG, KOTA KINABALU DAN TAMAN PENDIDIKAN LALULINTAS SHELL, PANTAI TANJUNG ARU2, KOTA KINABALU.

ANJURAN :
DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU

DENGAN KERJASAMA :
MAJLIS KESELAMATAN JALAN RAYA (MKJR), JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA (JKJR), JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ), DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)


SERAMAI 16 ORANG PELAJAR TELAH MENGIKUTI PROGRAM INI DI TAMAN PENDIDIKAN LALULINTAS SHELL, PANTAI TANJUNG ARU 2, KOTA KINABALU, SEMUA PESERTA TELAH MEMBUAT YANG TERBAIK SEMASA PROGRAM DIJALANKAN. PROGRAM INI MERUPAKAN PROGRAM YANG PERTAMA YANG DISERTAI SK LOK YUK TELIPOK. PROGRAM INI DAPAT MENDIDIK MURID-MURID MENGETAHUI PERATURAN JALAN RAYA DAN MEMATUHI PERATURAN KESELAMATAN JALAN RAYA.

baca selanjutnya......

Read more...

PROGRAM MENANGANI GEJALA DISIPLIN

PROGRAM MENANGANI GEJALA DISIPLINANJURAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA MAJLIS ASPIRASI PEMANGKIN NASIONAL ( MAPAN )

Tarikh : 20 april 2010 (selasa)
Masa : 7.30—1.00 petang
Tempat : Smk Badin & Dewan Chen Sin


KELOLAAN BERSAMA:UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN, PEJABAT PELAJARAN DAERAH TUARAN, SMK BADIN & SK LOK YUK, TELIPOK
baca selanjutnya......

Read more...

UJIAN BERTULIS KESELAMATAN LALULINTAS


Ujian keselamatan jln raya berlangsung diSK St. Francis (M) Convent, Bukit Padang pada 17/4/2010

baca selanjutnya......

Read more...

KENANGAN BERSAMA GURU PELATIH IPG KENT.

Barisan guru pelatih bersama-sama dengan Guru Besar Cemerlang En. Judin Bin Diana. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kerana telah berjaya menghabiskan latihan mengajar di sekolah ini bermula 18 Jan 2010 hingga 16 April 2010 . Tidak lupa juga pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas pertolongan guru pelatih yang terlibat menjayakan beberapa program sekolah diantaranya ialah MSS Zon Mengkabong, Majlis Maulidur Rasul, Pertandingan bola jaring dan lain-lain lagi. Pihak sekolah sentiasa mengenang dan menghargai segala sumbangan bakti dan kejayaan anda.

baca selanjutnya......

Read more...

TAHNIAH KEPADA ATLET SEKOLAH NAZIRAH BUDIN KERANA DIANUGERAH ATLET TERBAIK PEREMPUAN BAWAH -12 TAHUN

ATLET (dari kiri) Mohd Aiman, Jibrian, Nicky, Jarmella, Debbie dan Nazirah, bersama Pengarah Pelajaran Negeri, Muhiddin Yussin(empat kiri) dan Pegawai Pelajaran daerah Tuaran , Aslie Sahat (emat kanan).
KOTA KINABALU: Ranau muncul juara dalam Kejohanan Balapan dan Olahraga MSSD Kota Kinabalu, yang berakhir di Stadium Likas di sini, pada Rabu. Mereka berjaya memenangi tambahan lima pingat emas berbanding tahun lepas dengan jumlah 37 emas, 44 perak dan 21 gangsa sepanjang temasya dua hari itu. Tempat kedua ialah Penampang dengan 21 ermas. 10 perak dan 23 gangsa sementara Kota Kinabalu di tempat ketiga dengan 19 emas , 22 perak dan 25 gangsa dan Tuaran di tempat, keempat dengan 9 emas, 10 perak dan 18 gangsa.
Anugerah Atlet Terbaik Kejohanan itu dirangkul oleh Nicky Ah Hill dari Tuaran dan Jarmella Washif dari Ranau untuk kategori Bawah-18, sementara Jibrian Najius dari Ranau dan Debbie Jacquelyn Johanes dari Tuaran memenangi anugerah sama untuk kategori Bawah-16, Nicky memenangi anuger­ah itu dengan memenangi pingat emas dalam acara 100m dan 4 x 100m. Dia juga mencatat rekod baru dalam 100m dengan masa 10.7s.

Jarmella dinamakan sebagai atlet perempuan terbaik (Kategori A) dengan memenangi pingat emas dalam acara 100m dan 200m dan pingat perak dalam lompat jauh. Dia juga mencatat rekod baru dalam 100m, mengakhiri perlumbaan dengan masa 11.8s dan mengalahkan 'ratu pecut’ Cynthia Manghing yang berada di tempat (12.1s).

Jibrian ineraih anugerah Lelaki dalam Kategori kerana memenangi acara 1,500m dan 2,000m lari berhalangan, sementara Debbie memenangi anugerah Perempuan untuk pungutan pingat emas dalam lontar peluru dan cakera. Dia mencatat rekod baru dalam lontar peluru dengan jarak 8.7m. Kejohanan itu juga turut menyerahkan dua lagi anugerah Atlet terbaik, untuk atlet Bawah-12.

Mohd Aiman Amir dari Kota Kinabalu memenangi anugerah Lelaki kerana memenangi tiga pingat emas dalam acara 100m, 200m dan 4 x 100m, sementara Nazira Budin memenangi anugerah untuk Perempuan kerana memenangi acara 100m dan 200m.
Sementara itu, apabila ditanya untuk mengulas mengenai kejayaan pasukannya, Pengurus Pasukan Ranau, Mohd Ayub menjangkakan persaingan sengit tahun ini dan oleh sebab itu mereka berlatih dengan gigih sebagai persiapan.

"Kami menjangkakan lebih banyak cabaran dalam kejohanan tahun ini, Oleh itu, kami berlatih dengan kuat untuk mempersiapkan diri ' " dan hasilnya kami di pencapaian yang baik.
"Saya amat gembira den­gan pencapaian kami, kami juga berjaya mencapai lebih baik daripada tahun lepas. Saya rasa ibu bapa kepada atlet-atlet ini perlu diberi penghargaan atas sokongan mereka dalam membenarkan anak-anak mereka untuk menghabiskan masa dengan latihan," katanya. SejumJah 96 acara dipertandingkan dalam kejo­hanan itu, yang dibasahi dengan hujan pada waktu tengahari semasa upacara penutupan, Pengarah Pelajarari Negeri Dr Muhiddin Yussin merasmikan majlis tersebut.

Secara keseluruhan, ia merupakan acara yang ber­jaya, walaupun ada pihak yang bersetuju bahawa terdapat satu atau dua prosedur yang boleh dilaksanakan dengan lebih lancar.
Tetapi dengan ketiadaan pengalaman dalam penganjuran sebuah kejohanan pada skala ini, Tuaran dengan mudah dapat dimaafkan atas sebarang kesilapan yang berlaku sepanjang temasya itu, Kejohanan itu menyaksikan sejumlah 23 rekod baru dicatat, tujuh daripadanya dalam acara Lelaki Bawah-18, lapan dalam Perempuan Bawah-18, dua dalam Lelaki Bawah-16, lima dalam Perempuan Bawah-16, dan satu dalam Lelaki Bawah-12.Diumumkan bahawa kejo­hanan tahun hadapan akan dianjurkan oleh Penampang tetapi belum ada sebarang venue yang ditetapkan,
- Arfandi Jaafar( Dipetik daripada Harian Ekspres) Khamis /8hb April 2010

baca selanjutnya......

Read more...

MTQ PERINGKAT BAHAGIAN BARAT SABAH

Pada 31 Mac dan 1 April 2010 , wakil sekolah yang layak untuk mengikut MTQ Peringkat Bahagian Barat Sabah yang telah diadakan di SMKA Mohamad Ali , Ranau. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada adik Fatin yang mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan bercerita manakala adik Isra' mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan bacaaa al-quran... baca selanjutnya......

Read more...

PROGRAM CERAMAH MOTIVASI MURID-MURID TAHUN 6

Program ceramah motivasi murid -murid tahun 6 ini merupakan sebuah program yang mampu memberikan suntikan semangat dan motivasi yang tinggi kepada semua murid UPSR pada tahun ini untuk lebih bersedia menghadapi peperiksaan . Segala usaha murni pihak sekolah ini diharap mampu melahirkan modal insan minda kelas pertama yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Alan Bin Alim (Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling Pejabat Daerah Tuaran) kerana sudi menjadi penceramah jemputan di sekolah ini.



baca selanjutnya......

Read more...

CUTI SEKOLAH DAN KELAS TAMBAHAN BAGI TAHUN 6

Cuti sekolah bermula pada 13 hingga 21 Mac 2010. Sekolah akan dibuka semula pada 22 Mac 2010. Bagi pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini kelas tambahan akan diadakan pada 15 hingga 19 Mac 2010. Untuk mendapatkan jadual kelas tambahan tersebut boleh dimuat turunkan disini :
baca selanjutnya......

Read more...

PASUKAN BOLA JARING PERINGKAT DAERAH

baca selanjutnya......

Read more...

MSS DAERAH TUARAN

Pada 2 hingga 5 Mac 2010 MSSM Daerah Tuaran telah diadakan di Padang SMK Tamparuli. Adik Nazirah Budin pelajar tahun 6 SK Lok Yuk Telipok yang menjadi wakil Zon Mengkabong telah mengharumkan nama sekolah kerana sekali lagi dinobatkan sebagai Olahragawati MSSM Daerah Tuaran kategori C ( Sekolah Rendah) Zon Mengkabong . Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada Adik Nazirah Budin dan tidak lupa juga kepada semua altelit yang lain.

baca selanjutnya......

Read more...

DAFTAR PRASEKOLAH KPM

LEMBAGA HASIL

e-FILING LHDN

PAUTAN HRMISone ONLINE

 photo hrmisone.jpg
*Untuk pengguna Internet Explorer Sahaja

PAUTAN HRMIS2 ONLINE

 photo hrmis2two.jpg
*Mozila/Google Chrome/Comodo Dragon

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP