KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GOTONG ROYONG PERDANA ANJURAN PIBG

Pada 17 Julai 2011(Ahad). PIBG telah menganjurkan Gotong Royong Perdana. Semua ibubapa yang hadir telah memberikan kerjasama yg baik. PIBG dan pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang meluangkan masa untuk hadir gotong royong yang dianjurkan...Koleksi Gambar klik disini.
baca selanjutnya......

Read more...

LAWATAN GURU PRA SEKOLAH DAERAH RANAU KE SK LOK YUK TELIPOK


Pada 18 Julai 2011, sebanyak 50 orang guru pra sekolah dari Daerah Ranau telah membuat lawatan ke Pra Sekolah ini. Pra sekolah SK Lok Yuk Telipok telah mendapat tempat ke- 2 dalam pertandingan pra sekolah cemerlang di daerah Tuaran. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan yang hadir. Untuk koleksi gambar klik disini. baca selanjutnya......

Read more...

JOHAN PERTANDINGAN KUIZ KESIHATAN PERINGKAT DAERAH TUARAN

Pada 12 Julai 2011, Seramai 4 orang murid tahun 6Gemilang telah menyertai Pertandingan Kuis Kesihatan Peringkat Daerah Tuaran telah diadakan di Pejabat Pelajaran daerah Tuaran. Sebanyak 23 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini. Pasukan sekolah telah mendapat Johan dalam pertandingan ini. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada 4 orang murid yang mengikuti pertandingan ini iaitu Azerra Morubun, Belle Amanda Saidon, Fara Diyana MOhd Fauzi dan Marie Darlene Melto dengan kutipan markah tertinggi 93%. baca selanjutnya......

Read more...

ANUGERAH SSQS 4 BINTANG, PENGIKTIRAFAN PENGURUSAN BILIK KAUNSELING CEMERLANG NEGERI SABAH DAN ANUGERAH GURU ICT

Pada 17 Julai 2011, Sempena Majlis Makan Malam Amal peringkat Daerah Tuaran bertempat di Putra Ballroom Tmn Tun Fuad. Pihak sekolah telah diberikan 3 anugerah iaitu Anugerah SSQS 4 Bintang, Pengiktirafan Pengurusan Bilik Kaunseling Cemerlang Negeri Sabah dan Guru ICT. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih diatas kerjasama semua guru SK Lok Yuk Telipok kerana bertungkus lumus bagi mendapatkan anugerah ini. Untuk koleksi gambar klik disini. baca selanjutnya......

Read more...

KENANGAN BERSAMA DATUK JAHID JAHIM YANG MERASMIKAN PERTANDINGAN KOIR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH TUARAN.


UTUSAN BORNEO, KHAMIS, 7 JULAI 2011. KENANGAN BERSAMA DATUK JAHID JAHIM YANG MERASMIKAN PERTANDINGAN KOIR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH TUARAN. BERSAMA-SAMA BELIAU PELAJAR SK LOK YUK TELIPOK DAN EN.JUDIN DIANA (GURU BESAR CEMERLANG).
baca selanjutnya......

Read more...

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)2011

Pada 6 Julai, bertempat di dewan Tun Hamdan , Tamparuli. Sambutan Perayaan Hari Guru dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 di sambut dengan meriah. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada 3 orang guru dari sk lok yuk telipok yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2011 iaitu Pn. Ilie Bengking , Pn. Nur Leen Ismail dan Pn. Suzee Masingkan. Semoga dengan anugerah ini dapat memberi semangat untuk meneruskan perjuangan bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah dan juga pelajar sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Untuk koleksi gambar majlis tersebut sila klik di sini. baca selanjutnya......

Read more...

PELANCARAN LARIAN 1 MURID 1 SUKAN

Pada 2 Julai 2011, semua guru, ibubapa dan murid menyertai pelancaran larian 1 murid 1 sukan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi PIBG En. Santain yang turut hadir bagi merasmikan pelepasan larian 1 murid 1 sukan. Terima kasih kepada guru-guru, ibubapa dan murid-murid yang menjayakan program ini. Untuk koleksi gambar klik d sini. baca selanjutnya......

Read more...

PERTANDINGAN KOIR PERINGKAT DAERAH

Pada 28/6/2011 Pasukan koir sekolah telah menyertai pertandingan koir peringkat daerah di Dewan Tun Hamdan Tamparuli. Selamat bertanding. klik sini untuk gambar seturusnya baca selanjutnya......

Read more...

PROGRAM LALULINTAS SHELL 2011

Pada 25.6.2011, Sabtu.Seramai 17 orang pelajar mengikuti Program Pendidikan Lalulintas SHELL 2011 Peringkat Gabungan Kota Kinabalu/ Penampang/ Tuaran di Taman Pendidikan Lalulintas Shell Tanjung Aru. SK Lok Yuk merupakan satu-satunya sekolah rendah daerah Tuaran yang mengikuti program ini. Peserta- peserta terdiri daripada 3 orang pelajar pemandu pedalkar, 6 orang pelajar mengambil bahagian sebagai penunggang basikal dan 6 orang pelajar mengikuti bahagian pejalan kaki. Semua peserta yang mengambil bahagian menunjukan semangat yang tinggi untuk bertanding dan mengharapkan yang terbaik untuk menang dalam program ini. Untuk koleksi gambar sila klik di sini.
baca selanjutnya......

Read more...

PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH

Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Tuaran
Pada:6 Julai 2011
Masa:8.00 pagi
Tempat:Dewan Tun Hamdan Tamparuli
Dirasmikan oleh YB.Datuk Haji Hajiji Haji Mohd Nor
(Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah)
baca selanjutnya......

Read more...

AL-FATIHAH CIKGU ROSNAH GAMBARIN KEMBALI KE RAHMATULLAH


AL- FATIHAH BUAT CIKGU ROSNAH BINTI GAMBARIN YANG KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA HARI RABU, 18/5/2011, MASA:11.00 PAGI.
WARGA SK LOK YUK TELIPOK MERAKAMKAN UCAPAN TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA ALLAHYARHAM. SEMOGA ALLAHYARHAM DITEMPATKAN BERSAMA PARA SOLEHAH

AL-FATIHAH
; baca selanjutnya......

Read more...

SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU


Pada 16 Mei 2011, SK Lok Yuk Telipok telah menyambut perayaan hari guru peringkat sekolah. Semua pelajar dan guru menghadiri majlis tersebut pada sidang pagi. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang telah menjayakan sambutan ini. Semoga dengan adanya sambutan hari guru ini, hubungan antara guru guru dan murid-murid akan bertambah mesra. "Selamat Hari Guru Kepada Semua Warga Pendidik" Untuk koleksi gambar sambutan hari guru sila klik disini. baca selanjutnya......

Read more...

PERTANDINGAN BERCERITA


PADA TAHUN INI SK LOK YUK MENJADI PENGELOLA

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHAP 1 DAN 2 PERINGKAT DAERAH TUARAN 2011


27 APRIL 2011 /

8.00 PAGI


BERTEMPAT:

SK LOK YUK TELIPOK, TUARAN

Koleksi gambar sila klik disini

baca selanjutnya......

Read more...

GURU PELATIH

Tahniah dan terima kasih kepada pelatih IPKent Tuaran Cik. Chut Izzaty Abdul Hadi,Cik. Nurularina Jusli dan Cik. Shanna Shazilla Kamijan kerana telah berjaya menghabiskan latihan mengajar di sekolah ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama menjayakan mesyuarat agung PIBG pada 3 April yang lalu. Tidak lupa juga kepada guru ganti iaitu Cik. Norita Danial yang menggantikan Cikgu Tsen Syn Erl yang cuti bersalin selama 3 bulan. untuk gambar seterusnya sila klik sini baca selanjutnya......

Read more...

DAFTAR PRASEKOLAH KPM

LEMBAGA HASIL

e-FILING LHDN

PAUTAN HRMISone ONLINE

 photo hrmisone.jpg
*Untuk pengguna Internet Explorer Sahaja

PAUTAN HRMIS2 ONLINE

 photo hrmis2two.jpg
*Mozila/Google Chrome/Comodo Dragon

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP