KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LAWATAN KELAS PEMULIHAN SK LOK YUK TELIPOK

Lawatan Guru Pemulihan Zon Nabalu ke Kelas Pemulihan SK Lok Yuk Telipok pada 13/2/2012 koleksi gambar klik disini
baca selanjutnya......

Read more...

PEMBERIAN WANG BANTUAN PERSEKOLAHAN ONEOFF RM100

Jumaat ,18 November 2011, pihak sekolah telah menyerahkan wang bantuan persekolahan oneoff RM100 kepada ibubapa. Diharap dengan bantuan ini dapat meringankan beban ibubapa untuk pendaftaran sesi persekolahan 2012. Untuk koleksi gambar klik disini
Pautan baca selanjutnya......

Read more...

KEPUTUSAN UPSR 2011

Khamis , 17 Disember 2011 masa yang ditunggu- tunggu oleh semua pelajar UPSR. Keputusan UPSR pada tahun ini peratus lulus agak menurun daripada 61.2% kepada 43.4%. Walau bagaimanapun pada tahun ini pelajar yang mendapat 5A meningkat daripada 1 pelajar pada tahun 2010 kepada 2 pelajar dan 4A 1B meningkat juga daripada 1 pelajar kepada 2 pelajar tahun ini. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang mendapat 5A iaitu BELLE AMANDA SAIDON dan NURUL FARIHAH WAJIHAH BTE ZANIWIN. 4A 1B pula ialah FARAH DIYANA MD FAUZI dan LISRA JAUPIN. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya. Kepada pelajar yang gagal jangan putus asa teruskan usaha di sekolah menengah nanti. baca selanjutnya......

Read more...

PENDAFTARAN SESI PERSEKOLAHAN 2012

Pendaftaran sesi persekolahan akan diadakan pada 31 Disember 2011 (Sabtu) Jam 8.00 hingga 11.30 tengah hari. Kepada ibubapa/penjaga diminta untuk membayar yuran peralatan persekolahan pada hari yang ditetapkan. Untuk rujukan senarai bayaran boleh muat turun dibawah.

baca selanjutnya......

Read more...

SEMAKAN SENARAI NAMA PELAJAR TAHUN 1 2012

Makluman kepada ibubapa yang mendaftar anak untuk tahun 1 pada 2011. Semakan senarai nama pelajar boleh klik di bawah. Pelajar yang tersenarai ibubapa bolehlah datang ke sekolah berjumpa PK HEM Pn. Flavia Benedict untuk mendapatkan tiket pendaftaran pada tahun 2012

baca selanjutnya......

Read more...

TEMPAT KE - 2, TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH TUARAN

TAHNIAH KEPADA ADIK KHELVY KEBBY KILI MENDAPAT
NAIB JOHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH TUARAN
PADA 8 NOVEMBER 2011

baca selanjutnya......

Read more...

KEJOHANAN OLAHRAGA SK LOK YUK TELIPOK

KEJOHANAN OLAHRAGA SK LOK YUK TELIPOK
DIRASMIKAN OLAH
EN. BAKRI BIN DANI
(TIM.PEGAWAI PELAJARAN DAERAH TUARAN)
PADA 2 - 3 NOVEMBER 2011

Untuk koleksi gambar klik di sini

baca selanjutnya......

Read more...

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Kem Membaca 1 Malaysia telah diadakan di Padang Pekan Telipok pada pagi tadi ini kerana pelancaran Kem membaca 1 Malaysia tertembung tarikh Olahraga sekolah pada masa yang sama. Program ini merupakan satu program yang dijalankan serentak diseluruh negara. Pihak sekolah melibatkan murid tahap 1 dan tahap 2 menyertai kem membaca. Program ini dijalankan pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 9.33.5 saat.Kem membaca 1 Malaysia ini juga merupakan satu program yang akan dicatatkan di dalam "Malaysian Book Of Record". Untuk koleksi gambar klik di sini. baca selanjutnya......

Read more...

SURAT KEJOHANAN OLAHRAGA DAN CUTI SEKOLAH

Makluman Cuti sekolah bermula 4 - 8 November 2011. Untuk pelajar-pelajar SK Lok Yuk Telipok yang belum mendapat surat cuti sila muat turun .


baca selanjutnya......

Read more...

KEJOHANAN OLAHRAGA SK LOK YUK TELIPOK


KEJOHANAN OLAHRAGA SK LOK YUK TELIPOK
PADANG PEKAN TELIPOK
3 NOVEMBER 2011
MASA: 8.00 PAGI
baca selanjutnya......

Read more...

LAWATAN SAMBIL BELAJAR AKTIVITI SELEPAS UPSR 2011

Pada 11/10/2011 , seramai 99 orang pelajar tahun 6 dan 9 orang guru telah mengadakan lawatan sambil belajar. Tempat yang dilawati ialah Zoo Lok Kawi, Penampang dan Universiti Malaysia Sabah. Lawatan ini bertujuan mendedahkanm murid kepada aktiviti-aktiviti luar yang berfaedah dan murid dapat menimba pengetahuan dan pengalaman daripada lawatan ini. Untuk koleksi gambar lawatan sila klik disini.. baca selanjutnya......

Read more...

PERTANDINGAN KUIZ KESIHATAN PERINGKAT BAHAGIAN BARAT JABATAN PELAJARAN SABAH


Pertandingan Kiuz Kesihatan
Peringkat Bahagian Barat Jabatan Pelajaran Sabah
Pada 9/9/2011
Bertempat di SK Lok Yuk Telipok

Untuk Koleksi Gambar sila Klik disini

baca selanjutnya......

Read more...

SOLAT HAJAT DAN DOA KECEMERLANGAN UPSR 2011

Sembahyang hajat dan doa Kecemerlangan UPSR 2011 pada 6 September 2011..Semoga semua pelajar UPSR mendapat kecemerlangan pada tahun ini.. Koleksi gambar klik sini baca selanjutnya......

Read more...

JAMUAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

Pada 6 September 2011, pihak sekolah telah menganjurkan Jamuan Hari Raya kepada semua guru dan murid meraikanya...semoga dengan adanya majlis seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid..koleksi gambar klik sini.. baca selanjutnya......

Read more...

KENANGAN BERSAMA GURU PELATIH IPG KENT


span class="fullpost"> baca selanjutnya......

Read more...

ANUGERAH BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING

ANUGERAH BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING CEMERLANG PERINGKAT NEGERI SABAH (KATEGORI SEKOLAH LUAR BANDAR )DI KOMPLEKS TABUNG HAJI KOTA KINABALU PADA 5 OGOS 2011 DISAMPAIKAN OLEH
DATO DR.HAJI MUHIDDIN BIN YUSIN PENGARAH PELAJARAN NEGERI SABAH.

baca selanjutnya......

Read more...

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMESTER KEDUA


span class="fullpost"> baca selanjutnya......

Read more...

SELAMAT MENDUDUKI UPSR

Pada 13-15/9/2011, Pelajar tahun 6 akan menduduki UPSR.. Pihak sekolah sentiasa mendoakan kejayaan anda.. Pelajar SK Lok Yuk Telipok .. Boleh...
baca selanjutnya......

Read more...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Warga SK LOK YUK TELIPOK Memohon maaf kepada semua jika ada sebarang kesilapan dan kesalahan dengan ucapan" Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin ". Semoga aidilfitri pada tahuni ini memberi seribu makna kepada kita semua.


baca selanjutnya......

Read more...

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 16 Ogos 2011.
Bersama-sama kita kibarkan jalur gemilng. Koleksi gambar klik sini.
span class="fullpost"> baca selanjutnya......

Read more...

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR

Pada 13/8/2011 pihak sekolah telah mengadakan Kem Pepimpinan Pelajar. Sasaran ialah Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Pengawas, Pengerusi Persatuan dan Kelab. Pihak sekolah mengucapkan syabas dah tahniah kepada yang terlibat. Kolekasi gambar klik sini.

baca selanjutnya......

Read more...

LAWATAN PENANDA ARAS

Pada 11/8/2011, Satu Lawatan Penanda Aras Bilik Bimbingan & Kaunseling dan Kelas Pemulihan dari SK Kulambai Kota Belud diketuai oleh Tn. Hj. Madrin Diakup, Guru Besar Cemerlang. Semoga dengan kehadiran daripada lawatan ini dapat mengeratkan hubungan di antara kedua-dua buah sekolah ini. Untuk koleksi gambar klik disini.
baca selanjutnya......

Read more...

PENYELIAAN JURU AUDIT PEMULIHAN KHAS JPN SABAH

Pada 10/8/2011, Penyelia / Penarapan Juru-juru Audit Pemulihan Khas JPN Sabah telah membuat penilaian ke atas Kelas Pemulihan Khas SK Lok Yuk Telipok. Hasil daripada penyeliaan tersebut Pemulihan Khas sekolah ini mendapat tempat ke-2 "Kelas Pemulihan Cemerlang"sekolah-sekolah Daerah Tuaran dengan markah 97.14%. Tahniah dan syabas diucapakan kepada Cikgu Basirah Yahaya diatas kejayaan ini. Untuk koleksi gambar klik di sini.
baca selanjutnya......

Read more...

NAIB JOHAN KESELURUHAN SUKANEKA PRA SEKOLAH DAERAH TUARAN

Tahniah kepada Pra Sekolah SK Lok Yuk Telipok. Telah berjaya Naib Johan Karnival Sukan Daerah 2011 yang berlangsung di gelanggang futsal Tuaran pada 27-28 Julai 2011. Sekolah sangat berbangga diatas kejayaan anak-anak SK Lok Yuk Telipok...Koleksi gambar sila klik disini. baca selanjutnya......

Read more...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN


KELEBIHAN SOLAT TARAWIH


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
baca selanjutnya......

Read more...

KEM MOTIVASI UPSR 2011

Pada 20-22 Julai 2011, Pihak sekolah telah menganjurkan Kem Motivasi kepada pelajar tahun 6 yang akan mengambil UPSR. Seramai 100 orang calon UPSR yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah jemputan yang sudi hadir dan berkongsi dengan pelajar teknik untuk menjawab soalan UPSR . Semoga dengan beberapa pendekatan yang dilakukan oleh sekolah dapat meningkatkan prestasi UPSR pada tahun ini. Koleksi gambar klik sini. baca selanjutnya......

Read more...

LAWATAN PENANDA ARAS DAN SISTEM DOKUMENTASI

Pada 18 Julai 2011 (Isnin), Satu rombongan Lawatan Penanda Aras Sistem Fail dan Dokumentasi guru-guru dari SK Gaya Ratau seramai 13 orang . Pihak sekolah berharap dengan adanya lawatan seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara sekolah dan guru-guru di samping dapat meningkat pengetahuan dan pengalaman. Koleksi gambar lawatan klik di sini. baca selanjutnya......

Read more...

PROGRAM NILAM

PROGRAM NILAM


LATAR BELAKANG


Satu tamadun bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu adalah melalui amalan membaca sebagai budaya hidup.



PROGRAM NILAM


NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.



MATLAMAT


Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan murid.



OBJEKTIF


a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca


b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.



TIGA ELEMEN PROGRAM NILAM


i. Rekod Membaca

Setiap murid merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod membaca NILAM


ii. Pengesahan Pembacaan

Guru mengesahkan rekod bacaan murid.


iii. Pengiktirafan

Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca.



PELAKSANAAN


Program NILAM mempunyai dua tahap:


Tahap I : Jauhari


Tahap II: Rakan Pembaca



TAHAP JAUHARI


♦ Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.


♦ Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah


♦ Menggunakan kemudahan meminjam buku melalui Pusat Sumber Sekolah dan lain-lain sumber.


♦ Mula dinilai dati Tahun 1 hingga Tahun 6 (Sekolah Rendah) dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (Sekolah Menengah).



RAKAN PEMBACA (RP)


♦ Kebolehan murid membimbing dan menarik minat rakan lain supaya suka membaca.


♦ Setelah membaca 100 naskah buku, murid layak memasuki Tahap Rakan Pembaca.


♦ Murid dibimbing oleh guru secara kumpulan melalui bengkel dan tunjuk cara.


♦ Buku yang dipinjam dari Pusat Sumber Sekolah atau dari sumber lain akan dipinjamkan kepada rakan, anggota keluarga, jiran dan lain-lain.


♦ Markah akan diambil kira mengikut penglibatan aktiviti kekerapan, bilangan pinjaman, pendengar dan pembaca.



CONTOH AKTIVITI RAKAN PEMBACA (RP)


a. Bercerita


b. Membaca Bersama


c. Bicara Buku


d. Meminjam buku


e. Pidato


f. Ulasan buku



SISTEM GANJARAN DAN PENGIKTIRAFAN


Tahunan


♦ Buku Rekod Kemajuan


♦ Kad Kumulatif



Keseluruhan


Selepas 6 tahun disekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah.


♦ Sijil Berhenti Sekolah


♦ Surat Akuan Sekolah



TAHAP JAUHARI


Sekolah Rendah


Jumlah Bacaan

Pengiktirafan

90 – 179

Gangsa

180 – 269

Perak

270 – 359

Emas

360 ke atas

NILAM


Sekolah Menengah


Jumlah Bacaan

Pengiktirafan

72 – 143

Gangsa

144 – 215

Perak

216 – 287

Emas

288 ke atas

NILAM



RAKAN PEMBACA (RP)


Segala aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam buku khas, disemak serta dinilai oleh guru pembimbing yang ditentukan. Contoh anugerah yang diberi adalah seperti berikut:



MARKAH

PENGIKTIRAFAN

100 – 199

Gangsa

200 – 299

Perak

300 – 399

Emas

400 ke atas

NILAM


MASA YANG DISARANKAN PROGRAM NILAM


♦ Dimasukkan ke dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran bahasa.


♦ Masa Khas – SEMAI (Sepuluh minit Asas Ilmu)


♦ Waktu untuk aktiviti Pusat Sumber Sekolah.


♦ Menggunakan waktu pengajaran bahasa di kelas pemulihan.


♦ Menggunakan waktu senggang untuk membaca.


♦ Dalam pelbagai aktiviti membaca.



CADANGAN AKTIVITI PROGRAM NILAM


♦ SEMAI

♦ Program IQRA

♦ Membaca Bersama

♦ Ceramah Buku (Book Talk)

♦ Khemah Membaca

♦ Bacalah Sayang

♦ Kuiz Pengetahuan

♦ Pertandingan Bercerita

♦ Radio Sekolah

♦ Pameran Buku

♦ Pidato

♦ Akhbar Dalam Darjah

♦ Reading Is Fun

♦ Klinik Membaca

♦ Buku Skrap


baca selanjutnya......

Read more...

GOTONG ROYONG PERDANA ANJURAN PIBG

Pada 17 Julai 2011(Ahad). PIBG telah menganjurkan Gotong Royong Perdana. Semua ibubapa yang hadir telah memberikan kerjasama yg baik. PIBG dan pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang meluangkan masa untuk hadir gotong royong yang dianjurkan...Koleksi Gambar klik disini.
baca selanjutnya......

Read more...

LAWATAN GURU PRA SEKOLAH DAERAH RANAU KE SK LOK YUK TELIPOK


Pada 18 Julai 2011, sebanyak 50 orang guru pra sekolah dari Daerah Ranau telah membuat lawatan ke Pra Sekolah ini. Pra sekolah SK Lok Yuk Telipok telah mendapat tempat ke- 2 dalam pertandingan pra sekolah cemerlang di daerah Tuaran. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan yang hadir. Untuk koleksi gambar klik disini. baca selanjutnya......

Read more...

JOHAN PERTANDINGAN KUIZ KESIHATAN PERINGKAT DAERAH TUARAN

Pada 12 Julai 2011, Seramai 4 orang murid tahun 6Gemilang telah menyertai Pertandingan Kuis Kesihatan Peringkat Daerah Tuaran telah diadakan di Pejabat Pelajaran daerah Tuaran. Sebanyak 23 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini. Pasukan sekolah telah mendapat Johan dalam pertandingan ini. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada 4 orang murid yang mengikuti pertandingan ini iaitu Azerra Morubun, Belle Amanda Saidon, Fara Diyana MOhd Fauzi dan Marie Darlene Melto dengan kutipan markah tertinggi 93%. baca selanjutnya......

Read more...

ANUGERAH SSQS 4 BINTANG, PENGIKTIRAFAN PENGURUSAN BILIK KAUNSELING CEMERLANG NEGERI SABAH DAN ANUGERAH GURU ICT

Pada 17 Julai 2011, Sempena Majlis Makan Malam Amal peringkat Daerah Tuaran bertempat di Putra Ballroom Tmn Tun Fuad. Pihak sekolah telah diberikan 3 anugerah iaitu Anugerah SSQS 4 Bintang, Pengiktirafan Pengurusan Bilik Kaunseling Cemerlang Negeri Sabah dan Guru ICT. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih diatas kerjasama semua guru SK Lok Yuk Telipok kerana bertungkus lumus bagi mendapatkan anugerah ini. Untuk koleksi gambar klik disini. baca selanjutnya......

Read more...

KENANGAN BERSAMA DATUK JAHID JAHIM YANG MERASMIKAN PERTANDINGAN KOIR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH TUARAN.


UTUSAN BORNEO, KHAMIS, 7 JULAI 2011. KENANGAN BERSAMA DATUK JAHID JAHIM YANG MERASMIKAN PERTANDINGAN KOIR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH TUARAN. BERSAMA-SAMA BELIAU PELAJAR SK LOK YUK TELIPOK DAN EN.JUDIN DIANA (GURU BESAR CEMERLANG).
baca selanjutnya......

Read more...

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)2011

Pada 6 Julai, bertempat di dewan Tun Hamdan , Tamparuli. Sambutan Perayaan Hari Guru dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 di sambut dengan meriah. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada 3 orang guru dari sk lok yuk telipok yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2011 iaitu Pn. Ilie Bengking , Pn. Nur Leen Ismail dan Pn. Suzee Masingkan. Semoga dengan anugerah ini dapat memberi semangat untuk meneruskan perjuangan bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah dan juga pelajar sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Untuk koleksi gambar majlis tersebut sila klik di sini. baca selanjutnya......

Read more...

PELANCARAN LARIAN 1 MURID 1 SUKAN

Pada 2 Julai 2011, semua guru, ibubapa dan murid menyertai pelancaran larian 1 murid 1 sukan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi PIBG En. Santain yang turut hadir bagi merasmikan pelepasan larian 1 murid 1 sukan. Terima kasih kepada guru-guru, ibubapa dan murid-murid yang menjayakan program ini. Untuk koleksi gambar klik d sini. baca selanjutnya......

Read more...

PERTANDINGAN KOIR PERINGKAT DAERAH

Pada 28/6/2011 Pasukan koir sekolah telah menyertai pertandingan koir peringkat daerah di Dewan Tun Hamdan Tamparuli. Selamat bertanding. klik sini untuk gambar seturusnya baca selanjutnya......

Read more...

PROGRAM LALULINTAS SHELL 2011

Pada 25.6.2011, Sabtu.Seramai 17 orang pelajar mengikuti Program Pendidikan Lalulintas SHELL 2011 Peringkat Gabungan Kota Kinabalu/ Penampang/ Tuaran di Taman Pendidikan Lalulintas Shell Tanjung Aru. SK Lok Yuk merupakan satu-satunya sekolah rendah daerah Tuaran yang mengikuti program ini. Peserta- peserta terdiri daripada 3 orang pelajar pemandu pedalkar, 6 orang pelajar mengambil bahagian sebagai penunggang basikal dan 6 orang pelajar mengikuti bahagian pejalan kaki. Semua peserta yang mengambil bahagian menunjukan semangat yang tinggi untuk bertanding dan mengharapkan yang terbaik untuk menang dalam program ini. Untuk koleksi gambar sila klik di sini.
baca selanjutnya......

Read more...

PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH

Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Tuaran
Pada:6 Julai 2011
Masa:8.00 pagi
Tempat:Dewan Tun Hamdan Tamparuli
Dirasmikan oleh YB.Datuk Haji Hajiji Haji Mohd Nor
(Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah)
baca selanjutnya......

Read more...

AL-FATIHAH CIKGU ROSNAH GAMBARIN KEMBALI KE RAHMATULLAH


AL- FATIHAH BUAT CIKGU ROSNAH BINTI GAMBARIN YANG KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA HARI RABU, 18/5/2011, MASA:11.00 PAGI.
WARGA SK LOK YUK TELIPOK MERAKAMKAN UCAPAN TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA ALLAHYARHAM. SEMOGA ALLAHYARHAM DITEMPATKAN BERSAMA PARA SOLEHAH

AL-FATIHAH
; baca selanjutnya......

Read more...

DAFTAR PRASEKOLAH KPM

LEMBAGA HASIL

e-FILING LHDN

PAUTAN HRMISone ONLINE

 photo hrmisone.jpg
*Untuk pengguna Internet Explorer Sahaja

PAUTAN HRMIS2 ONLINE

 photo hrmis2two.jpg
*Mozila/Google Chrome/Comodo Dragon

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP