KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEJARAH PUSAT SUMBER

1.0 PENDAHULUAN



    Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah nadi ilmu kepada sesebuah sekolah. Ia merupakan tempat tumpuan kepada pelajar dan guru untuk membuat rujukan, mencari bahan bacaan pengajaran dan pembelajaran, belajar berkumpulan, belajar kendiri, penyelidikan dan sebagainya. Pusat Sumber juga memainkan peranan penting dalam menyebarkan pelbagai maklumat dan memupuk budaya membaca di kalangan pelajar untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berwawasan.

Pusat Sumber SK. Lok Yuk Telipok, Tuaran wujud semenjak sekolah siap dibina. Bermula dengan serba kekurangan, hampir semua peralatan dan kemudahannya lemah dan tidak berfungsi. Pelbagai langkah dan usaha telah dijalankan bagi memantapkan fungsinya sebagai sumber maklumat. Kini Pusat Sumber berusaha mengorak langkah bagi melengkapkan diri bagi mencapai impian yang membanggakan.

Pusat Sumber SK. Lok Yuk Telipok mempunyai kemudahan fizikal yang agak selesa dan hanya boleh menampung 35 pelajar sahaja. Bilik Pusat Sumber menempatkan kemudahan fizikal berhawa dingin serta mempunyai beberapa ruang seperti ruang Perpustakaan, ruang rujukan, ruang APD/Audio Visual. Dengan kemudahan yang tersedia ini, Pusat Sumber bersedia untuk memberikan keperluan maklumat kepada warganya, dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di sekolah .



            2.0 SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUMBER



    Penubuhan Pusat Sumber Sekolah bermula pada tahun 70 an dimana pada mulanya hanyalah diletakkan disebuah bilik kecil disebabkan bangunan tidak mencukupi. Apabila bangunan baru telah siap dibina pada tahun 1988, salah satu dari bilik darjah telah dijadikan sebagai bilik Pusat Sumber. Bilik Pusat Sumber tersebut terletak dibawah iaitu di bangunan blok 2 bersebelahan dengan bilik pentadbir,tetapi telah dipindahkan pada tahun 2003 di bangunan blok 1 di tingkat atas memandangkan bilik asal tidak begitu sesuai disebabkan keadaan yang agak bising oleh murid-murid ditingkat atas. Bilik baru ini yang pada asalnya bilik darjah telah diubahsuai untuk dijadikan bilik Pusat Sumber Sekolah.

Pusat sumber sekolah ini telahpun beroperasi semanjak 1989, di mana buku-buku telah dibekalkan oleh BTP. Selain dari BTP, ada juga buku-buku yang didermakan oleh individu dan ada yang dibeli sendiri oleh pihak sekolah. Walau bagaimana pun penyelengaraan Pusat Sumber Sekolah pada masa itu kurang licin disebabkan faktor peralatan yang tidak mencukupi, guru pusat sumber yang selalu bertukar ganti dan ketiadaan guru yang berpengalaman( tiada kursus khas PSS) menyebabkan pengurusan Pusat Sumber kurang menggalakkan.

Pada tahun 2003,dengan kerjasama dan galakan dari pihak pentadbir, baharulah pembangunan Pusat Sumber dapat berjalan dengan lebih teratur kerana adanya guru yang berpengalaman dan telah mengikuti krusus-kursus yang dikendalikan oleh Pusat Kegiatan Guru(PKG) Tuaran.


DAFTAR PRASEKOLAH KPM

LEMBAGA HASIL

e-FILING LHDN

PAUTAN HRMISone ONLINE

 photo hrmisone.jpg
*Untuk pengguna Internet Explorer Sahaja

PAUTAN HRMIS2 ONLINE

 photo hrmis2two.jpg
*Mozila/Google Chrome/Comodo Dragon

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP