Khamis

SEJARAH SEKOLAH






Sejarah dan Latar Belakang Sekolah.

Sekolah Kebangsaan Lok Yuk Telipok terletak di bawah Pentadbiran Pejabat Daerah Tuaran. Sekolah ini terletak di atas sebuah bukit d bawahnya laluan jalan besar menghubungkan Tuaran - Kota Kinabalu. 1 km dari pekan Telipok, 8 km dari Pekan Tuaran dan 20 km dari Bandaraya Kota Kinabalu. Keluasan sekolah ialah 2.5 hektar mempunyai 2 blok bangunan konkrit 2 tingkat, sebuah kantin, bangunan Pra Sekolah, bangunan kayu bilik pemulihan dan sebuah surau serta 1 unit rumah guru.SK Lok Yuk adalah sebuah sekolah Mission BCCM (Basel Christian Church of Malaysia). Sekolah ini diujudkan pada tahun 1920. Sejak penubuhannya sehingga 1969 sekolah ini menggunakan aliran bahasa Cina. Tahun 1970-1983 menggunakan aliran dalam bahasa Inggeris. 1984 sekolah ini menggunakan aliran Bahasa Melayu. Tahun 1983 dinaik tarap sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK). Pada tahun 2005 sekolah ini telah dinaik tarap sebagai sekolah Kebangsaan(SK). Sekolah bantuan penuh kerajaan. Pada tahun 2006 sekolah telah menerima insentif Bantuan Geran Perkapita (PCG). Seramai 17 orang Guru Besar telah berkhidmat sejak penubuhannya sehingga sekarang. Pn. Jane Augutine Main merupakan Guru Besar ke 17 yang diberi tanggungjawab oleh Jabatan Pelajaran Sabah sebagai pemimpin, pengurus dan pentadbir sekolah ini.







SENARAI NAMA GURU BESAR SK LOK YUK,TELIPOK 1926– 2013



1. VUN SIN SUI 1926-1929 ALIRAN CINA
1930-1933 DITUTUP

2. TSEN EN PIN 1934-1937 ALIRAN CINA

3. CHEN FOH ON 1938-1940 ALIRAN CINA

4. CHONG SU FAH 1941-1942 ALIRAN CINA

5. TSEN KET YUK 1951-1953 ALIRAN CINA

6. YEE SIP YIN 1954-1955 ALIRAN CINA

7. KONG PIN KIAU 1955-1956 ALIRAN CINA

8. CHOK SUI KYUN 1956-1957 ALIRAN CINA

9. CHIN YUN FEN 1958-1961 ALIRAN CINA

10. CHIN KUNG TAT 1962-1969 ALIRAN CINA

11. CHONG YEE ONN 1970-1983 ALIRAN B.INGGRIS

12. JOSEPH YONG HENG NYIT 1983-1984 ALIRAN B.MALAYSIA

13. MICHAEL ABAI@ZUL 1984-2001 ALIRAN B.MALAYSIA

14. LEZABETH SIKUL 2003-2006 ALIRAN B.MALAYSIA

15. SALIMIN BORIT 2006 ALIRAN B.MALAYSIA

16. JUDIN BIN DIANA 2007- 2013 ALIRAN B.MALAYSIA


17. JANE AUGUSTINE MAIN 2013 SEKARANG ALIRAN B.MALAYSIA

RAKAN MESRA

TOP VIEW

Catatan Popular

KARYA GURU/PELAJAR/ARTIKEL

UNDIAN ANDA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP