KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Ucapan Guru Besar




Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua warga SK lok Yuk Telipok dan semua ibubapa pelajar. Selaku Guru Besar di sekolah ini, saya memohon sokongan semua pihak khususnya guru-guru, KTBM, ibubapa dan PIBG untuk membangunkan sekolah ini dalam segala bidang.Marilah bekerja bersama-sama saya bagi mencemerlang dan menggemilangkan SK Lok Yuk Telipok. Banyak program sekolah telah disusun bagi tahun 2013 yang menuntut pengorbanan guru-guru, sokongan PIBG dan ibubapa. . Kejayaan UPSR 2008 sebagai sekolah ke 2 tertinggi yang menyumbang pelajar 5A di peringkat daerah Tuaran.Dengan motto “GEMILANG SK LOK YUK TELIPOK 2016” akan menjadi pembakar semangat guru, ibubapa serta pelajar Tahun 6 untuk mencapai serta merealisasikan motto tersebut.Sehubungan dengan itu, saya memohon sokongan padu warga pendidik dan ibubapa dalam membantu sekolah untuk merealisasikan impian SK Lok Yuk Telipok menjadi sekolah yang cemerlang menjelang 2016 seperti mana yang terkandung dalam visi dan misi sekolah. Insyallah.

Melalui kesempatan ini juga saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada AJK Laman Web Sekolah yang telah berkerja keras melaksanakan tugas dan tanggungjawab merealisasikan impian sekolah untuk mempromosi sekolah di mata dunia. Ibubapa dan masyarakat dapat melihat perkembangan pendidikan yang sedang berlaku di sekolah ini sekarang dan pada masa akan datang.

Kejayaan sekolah yang terdekat ialah menerima 'Anugerah Pusat Sumber Cemerlang' Kategori Sekolah Pinggir Bandar 2008 Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Kinabalu. Johan Olahraga Zon Mengkabung tiga tahun berturut-turut 2007,2008 dan 2009 dan seorang pelajar Tahun 5 Nornelah Nor Hasan mewakili MSSS Sabah ke Kejohanan Perahu Layar Peringkat Kebangsaan di Negeri Sembilan pada 14 Mac 2009.

Sekian terima kasih dan SELAMAT MAJU JAYA.

DAFTAR PRASEKOLAH KPM

LEMBAGA HASIL

e-FILING LHDN

PAUTAN HRMISone ONLINE

 photo hrmisone.jpg
*Untuk pengguna Internet Explorer Sahaja

PAUTAN HRMIS2 ONLINE

 photo hrmis2two.jpg
*Mozila/Google Chrome/Comodo Dragon

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP