KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

SK Lok Yuk telah mengadakan lawatan sambil belajar yang telah diadakan pada 16 November 2009. Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan murid kepada aktiviti-aktiviti luar yang berfaedah dan murid dapat menimba pengetahuan dan pengalaman daripada lawatan ini. Tempat- tempat lawatan ialah Zoo Lok Kawi , Muzium Negeri dan Sabah International Dairies. Lawatan di Zoo Lok Kawi dapat memberi pendedahan kepada murid mengenai kehidupan haiwan dan habitat semulajadinya. Lawatan di Muzium Negeri pula dapat memberi maklumat kepada murid mengenai khazanah alam, budaya, adat istiadat penduduk di negeri Sabah dan Sabah international Dairies memberi maklumat kepada murid mengenai khasiat susu lembu untuk kesihatan mental dan fizikal, ,murid juga dapat mengetahui cara memproses susu lembu untuk dipasarkan kepada pengguna. Murid dan guru pengiring berkumpul sebelum masuk ke Zoo Lok Kawi.

Kegembiraan murid berkunjung ke Zoo Lok Kawi.

Telatah gajah menari menarik perhatian murid.

Tapak persembahan hidupan liar yang terlatih.

Murid tidak sabar melihat pertunjukan.

Salah seorang pelajar SK Lok Yuk Melissa berpeluang memberi makanan
burung kak tua.

Ain Zulraihan berpeluang memberi makanan burung

Pelajar lelaki cuba menjinakan ular dilehernya.

Pelajar lelaki menjadi pembantu pertunjukan burung kak tua.
Bergambar dihadapan Muzium Negeri Sabah.

Lawatan di Muzium Negeri Sabah.

Lawatan di Sabah International Dairies Kolombong (kilang susu sekolah), Sabah.

Murid melihat cara memproses susu lembu di kilang.

Setiap murid diberikan susu kotak secara percuma.

En. Zulhilmi Mahyuddin (ketua lawatan) menyampikan cendera hati kepada CEO Sabah International Dairies Kolombong.

Murid gembira mengikuti lawatan yang diadakan.

DAFTAR PRASEKOLAH KPM

LEMBAGA HASIL

e-FILING LHDN

PAUTAN HRMISone ONLINE

 photo hrmisone.jpg
*Untuk pengguna Internet Explorer Sahaja

PAUTAN HRMIS2 ONLINE

 photo hrmis2two.jpg
*Mozila/Google Chrome/Comodo Dragon

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP