KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAHNIAH KEPADA ATLET SEKOLAH NAZIRAH BUDIN KERANA DIANUGERAH ATLET TERBAIK PEREMPUAN BAWAH -12 TAHUN

ATLET (dari kiri) Mohd Aiman, Jibrian, Nicky, Jarmella, Debbie dan Nazirah, bersama Pengarah Pelajaran Negeri, Muhiddin Yussin(empat kiri) dan Pegawai Pelajaran daerah Tuaran , Aslie Sahat (emat kanan).
KOTA KINABALU: Ranau muncul juara dalam Kejohanan Balapan dan Olahraga MSSD Kota Kinabalu, yang berakhir di Stadium Likas di sini, pada Rabu. Mereka berjaya memenangi tambahan lima pingat emas berbanding tahun lepas dengan jumlah 37 emas, 44 perak dan 21 gangsa sepanjang temasya dua hari itu. Tempat kedua ialah Penampang dengan 21 ermas. 10 perak dan 23 gangsa sementara Kota Kinabalu di tempat ketiga dengan 19 emas , 22 perak dan 25 gangsa dan Tuaran di tempat, keempat dengan 9 emas, 10 perak dan 18 gangsa.
Anugerah Atlet Terbaik Kejohanan itu dirangkul oleh Nicky Ah Hill dari Tuaran dan Jarmella Washif dari Ranau untuk kategori Bawah-18, sementara Jibrian Najius dari Ranau dan Debbie Jacquelyn Johanes dari Tuaran memenangi anugerah sama untuk kategori Bawah-16, Nicky memenangi anuger­ah itu dengan memenangi pingat emas dalam acara 100m dan 4 x 100m. Dia juga mencatat rekod baru dalam 100m dengan masa 10.7s.

Jarmella dinamakan sebagai atlet perempuan terbaik (Kategori A) dengan memenangi pingat emas dalam acara 100m dan 200m dan pingat perak dalam lompat jauh. Dia juga mencatat rekod baru dalam 100m, mengakhiri perlumbaan dengan masa 11.8s dan mengalahkan 'ratu pecut’ Cynthia Manghing yang berada di tempat (12.1s).

Jibrian ineraih anugerah Lelaki dalam Kategori kerana memenangi acara 1,500m dan 2,000m lari berhalangan, sementara Debbie memenangi anugerah Perempuan untuk pungutan pingat emas dalam lontar peluru dan cakera. Dia mencatat rekod baru dalam lontar peluru dengan jarak 8.7m. Kejohanan itu juga turut menyerahkan dua lagi anugerah Atlet terbaik, untuk atlet Bawah-12.

Mohd Aiman Amir dari Kota Kinabalu memenangi anugerah Lelaki kerana memenangi tiga pingat emas dalam acara 100m, 200m dan 4 x 100m, sementara Nazira Budin memenangi anugerah untuk Perempuan kerana memenangi acara 100m dan 200m.
Sementara itu, apabila ditanya untuk mengulas mengenai kejayaan pasukannya, Pengurus Pasukan Ranau, Mohd Ayub menjangkakan persaingan sengit tahun ini dan oleh sebab itu mereka berlatih dengan gigih sebagai persiapan.

"Kami menjangkakan lebih banyak cabaran dalam kejohanan tahun ini, Oleh itu, kami berlatih dengan kuat untuk mempersiapkan diri ' " dan hasilnya kami di pencapaian yang baik.
"Saya amat gembira den­gan pencapaian kami, kami juga berjaya mencapai lebih baik daripada tahun lepas. Saya rasa ibu bapa kepada atlet-atlet ini perlu diberi penghargaan atas sokongan mereka dalam membenarkan anak-anak mereka untuk menghabiskan masa dengan latihan," katanya. SejumJah 96 acara dipertandingkan dalam kejo­hanan itu, yang dibasahi dengan hujan pada waktu tengahari semasa upacara penutupan, Pengarah Pelajarari Negeri Dr Muhiddin Yussin merasmikan majlis tersebut.

Secara keseluruhan, ia merupakan acara yang ber­jaya, walaupun ada pihak yang bersetuju bahawa terdapat satu atau dua prosedur yang boleh dilaksanakan dengan lebih lancar.
Tetapi dengan ketiadaan pengalaman dalam penganjuran sebuah kejohanan pada skala ini, Tuaran dengan mudah dapat dimaafkan atas sebarang kesilapan yang berlaku sepanjang temasya itu, Kejohanan itu menyaksikan sejumlah 23 rekod baru dicatat, tujuh daripadanya dalam acara Lelaki Bawah-18, lapan dalam Perempuan Bawah-18, dua dalam Lelaki Bawah-16, lima dalam Perempuan Bawah-16, dan satu dalam Lelaki Bawah-12.Diumumkan bahawa kejo­hanan tahun hadapan akan dianjurkan oleh Penampang tetapi belum ada sebarang venue yang ditetapkan,
- Arfandi Jaafar( Dipetik daripada Harian Ekspres) Khamis /8hb April 2010

DAFTAR PRASEKOLAH KPM

LEMBAGA HASIL

e-FILING LHDN

PAUTAN HRMISone ONLINE

 photo hrmisone.jpg
*Untuk pengguna Internet Explorer Sahaja

PAUTAN HRMIS2 ONLINE

 photo hrmis2two.jpg
*Mozila/Google Chrome/Comodo Dragon

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP