HASIL PEMANTAUAN BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Pada 11 Ogos 2010, jam 9.00 pagi. Lawatan pegawai Unit Bimbingan dan Kaunseling daripada Jabatan Pelajaran Sabah dan rombongan telah mengesahkan SK Lok Yuk Telipok sebagai bilik Bimbingan dan Kaunseling mendapat tempat pertama di negeri Sabah kategori sekolah luar bandar peringkat negeri sabah. Pihak sekolah amat berbangga diatas kejayaan ini. Hasil usaha yang telah dilakukan oleh guru kaunseling dan juga bantuan guru-guru yang lain akhirnya mendapat hasil yang setimpal apabila anugerah ini dinobatkan. Kejayaan ini adalah kejayaan bersama warga SK Lok Yuk Telipok. Pihak sekolah mengucpkan tahniah dan terima kasih atas sokongan semua warga SK Lok Yuk Telipok.
Dari kiri En. Nawawi Edris (Penyelia Kanan Unit Bimbingan & Kaunseling), En. Awang Mat Said (Penolong Pengarah Unit Bimbingan & Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan En. Judin Bin Diana (Guru Besar Cemerlang SK Lok Yuk Telipok)