MOTIVASI PELAJAR TAHUN 6, 2011
Jumaat, 28/1/2011. Pihak sekolah mengadakan ceramah motivasi kepada pelajar tahun 6.Ceramah ini disampaikan oleh Cik Dayang Mayang Hj.Abbas Pensyarah Unit Bimbingan dan Kaunseling IPG Kent Tuaran,Sabah. Ceramah motivasi murid merupakan sebuah program yang dilaksanakan yang mampu memberikan suntikan semangat dan motivasi yang tinggi kepada semua pelajar UPSR pada tahun ini untuk lebih bersedia menghadapi peperiksaan . Segala usaha murni pihak sekolah ini diharap mampu melahirkan modal insan minda kelas pertama yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Untuk koleksi gambar sila klik di sini.