SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432/2011
Pada 11/3/2011(Jumaat) Sambutan Maulidul Rasul Peringkat sekolah telah diadakan. Sambutan ini amat penting diingati dan dihayati oleh semua umat Islam yang bermatlamat untuk melahirkan generasi pelajar yang berilmu, beriman dan beramal. Melalui penerapan nilai murni dan budaya ilmu digabungkan bersama aktiviti praktikal, akan terus berkembang menjadi teras pengukuhan intelektualisme yang cemerlang sesuai dengan dunia pendidikan moden ke arah Wawasan 2020. Melalui program ini, ia akan menjadi pemangkin kepada kita semua dengan menjadikan Rasulullah S.A.W. sebagai ‘rule model’. Seterusnya merealisasikan dan mencontohi akhlak baginda dalam kehidupan seharian. Untuk koleksi gambar sila klik disini.